FAKTA MENGENAI KOPI DAN KEBAIKKANNYA

Fakta Menarik Kepada Penggemar Kopi! 

Kopi ialah sejenis minuman yang KEDUA paling banyak diminum selepas air mineral/suam /kosong. Dan Kopi juga adalah yang produk KEDUA yang paling popular didunia selepas Petroleum. Bagi sesetengah masyarakat pula, mandi menggunakan air kopi serta dicampur dengan pulpa nenas mengikut budaya JEPUN boleh mengurangkan kekedutan di kulit dan menambahkan kecantikan. Pada 1674 pula, Persatuan Anti-kopi Wanita ditubuhkan di LONDON kerana golongan isteri tidak menyukai suami mereka terlalu lama di kedai kopi tetapi mahukan mereka balik ke rumah! 3 negara paling banyak MINUM kopi didunia ialah America, Perancis dan German.
Jadi. ternyatalah kopi telah popular semenjak zaman dahulu lagi! Menurut SEJARAH pula, kopi mula ditemui di Ethiopia. Dongeng pula mengatakan, Kaldi, seorang penternak kambing telah melihat haiwan peliharaannya itu "menari kegembiraan" selepas termakan biji dan daun pokok kopi. Dia pun mencubanya lantas turut "menari kegembiraan". Oleh kerana meminum kopi dapat menghalang dari perasaan mengantuk, disebabkan itulah minuman ini sangat digemari dikalangan ahli agama supaya mereka dapat beribadat lebih lama. Pada waktu itu jugalah cendiakawan dari Yemen telah memperkenalkan kopi ini dan menyebarkan kebaikannya ke negara-negara Arab.
Terdapat 2 jenis kopi paling utama didunia - Arabica dan Robusta. Perbezaan ketara antara dua kopi ini ialah Arabica kurang pahit (kerana kurang CAFFEINE) daripada Robusta. Penanaman Arabica juga lebih rumit kerana pokok kopinya lebih sensitif. Disebabkan inilah harga kopi Arabica lebih MAHAL daripada Robusta. Robusta pula sebenarnya hanya dijumpai selebih lebih 100 tahun Arabica dikomersialkan. Sesetengah orang, mereka suka rasa "kuat". Sebab itulah Robusta juga popular!
DISINI SAYA SERTAKAN 7 KEBAIKAN KOPI PADA TUBUH BADAN MANUSIA.
1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.


6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!


TERUSKAN KEPADA:
ATAU
KEMBALI KE MENUA ASAL 
PRODAK KHUSUS WANITA
 JUS V AURA ANGGUN 
HUBUNGI PENGEDAR SAH PRODAK ANGGUN AFLYHA RESOURCES SDN. BHD.
013 540 4900 ( CALL, MSG & WHATSAPP )
Rakan Niaga:
Bangunan Kerajaan Mini Puterajaya, berseblahan UMS Sabah
1. Jurainah Binti Ahmad : 0149912576
Bangunan Wisma Perindustrian Likas
1. Serian Hj Hassan : 0109579787
Queen Elizabeth
1. Elina Musiun : 0168548465
 


Senarai Rakan Niaga Akan Diupdate dari masa ke semasa


LAMAN WEB SYARIKAT
http://www.acmsb.com/

ANDA AHLI?
KLIK DISINI